Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, AirAsia berkata, pengambilalihan tunai itu melibatkan pembelian 1,000 saham biasa dalam GY Aviation dengan harga AS$1,000 (RM4,186).

“Setelah pengambilalihan, GY Aviation akan menjadi anak syarikat milik penuh AACL dan dinamakan semula sebagai Rouge Aircraft 1 Ltd.,” katanya di sini hari ini.

CDB adalah sebuah syarikat pajakan pesawat yang diperbadankan di Ireland yang dimiliki oleh China Development Bank Financial Leasing Co., Ltd dan merupakan entiti yang disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Bloomberg mela­porkan AirAsia Indonesia kini dalam perbincangan bagi menjalinkan kerjasama operasi de­ngan Garuda Indonesia Group.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Garuda, I Gusti Ngurah Askhara Danadiputra, pihak­nya masih mempertimbangkan dengan lebih lanjut mengenai tawaran AirAsia Indonesia tersebut.

“Ya, mereka minta untuk menjalinkan kerjasama dengan kami, tetapi kami belum membuat sebarang keputusan,” katanya.