"Seperti yang kita ketahui Sarawak mempunyai penduduk terdiri daripada banyak kaum yang menggerakkan kita untuk berusaha pergi menemui dan membantu masyarakat berkenaan bukan sahaja dalam perniagaan malah memberi kembali sesuatu secara menganjurkan aktiviti amal.

"Dalam pada masa sama, pasukan kami turut memperluaskan program ini ke bandar lain di negeri ini dan kami berharap dapat membawa kebahagiaan dan kegembiraan kepada mereka yang memerlukan," katanya  kepada pemberita di sini hari ini di Rumah Salvation Army Children bagi program amal Krismas  anjuran AmBank Group.

Syed Anuar berkata, AmBank Group memperuntukkan sejumlah dana di bawah program ini untuk komuniti berkenaan seperti mengadakan aktiviti amal sempena musim perayaan kepada semua kaum  dan program seumpama dijangka diadakan awal tahun hadapan di Kedah.

Program amal berkenaan diletakkan di bawah Program AmKasih yang menjadi platform kumpulan itu bagi program Tanggungjawab Sosial Korporat (SCR) dan fokus kepada "mendekati komuniti".
- BERNAMA