AirAsia berkata, keuntungan bersihnya adalah sedikit rendah berbanding RM1.14 bilion yang dicatatkan tahun lalu termasuk keuntungan pelupusan sebahagian daripada subsidiari sebanyak RM350.3 juta dan keuntungan pengukuran terhadap kepentingan tertahan dalam bekas anak syarikat bernilai RM534 .7 juta.

“Kumpulan mencatatkan pendapatan sebanyak RM2.8 bilion pada suku pertama 2019, meningkat sembilan peratus tahun ke tahun daripada RM2.6 bilion pada suku pertama tahun sebelumnya.

“Pertumbuhan pendapatan satu angka yang tinggi didorong oleh pertumbuhan 18 peratus tahun ke tahun yang kukuh dalam jumlah penumpang yang dibawa iaitu seramai 12.5 juta orang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN