Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) berkata, sejumlah 33 ATR yang sebelum ini diluluskan oleh suruhanjaya itu tidak digunakan oleh penerima ATR dan dikembalikan kepada pada suku kedua 2019.

“Dalam tempoh berkenaan, bilangan ATR yang tidak digunakan yang tertinggi adalah dari Kumpulan AirAsia dengan 19, diikuti oleh Malindo Air dengan 10.

“Empat permohonan tambahan juga telah ditarik balik secara sukarela oleh syarikat penerbangan pada tempoh itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE