Naib Presiden, Robotik dan Automasi Diskret, ABB Malaysia Sdn. Bhd.,Laurent Maillefer berkata, Pusat Operasi Digital yang terletak di Subang Jaya, Selangor itu bakal menawarkan kepakaran dan teknologi di dalam portfolio ABB AbilityTM, yang membolehkan para pelanggan mengintegrasi dan mengagregatkan data dengan selamat, menggabungkan data indusri yang lebih luas, menerapkan data raya dan menyelaraskan penyelenggaraan ramalan serta maklumat yang boleh meningkatkan prestasi dan produktiviti.

Katanya, ia diuruskan oleh sekumpulan jurutera yang berpengalaman dan bakal menggunakan teknologi Industri 4.0 termasuk pengkomputeran awan dan analisis data raya serta sambungan menyeluruh bagi menyediakan pemantauan semasa dan sokongan teknikal yang mantap bagi robot-robot ABB di negara-negara ASEAN termasuk Taiwan dan India.

“Penyelesaian yang digunakan di Pusat Digital Operasi kami adalah berasaskan teknologi dari ABB AbillityTM, dan Perkhidmatan Tersambung (Connected Services) untuk memantau keadaan dan prestasi robot.

“Hari ini, kami memantau lebih 7,000 robot di kira-kira 750 kilang di serata dunia bagi menyediakan maklumat yang dapat menggelakkan kerugian akibat penutupan kilang yang tidak terancang,” katanya di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE