Itu dilakukan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah yang memuat naik dua keping gambar sempena perasmian Floria Diraja Putrajaya baru-baru ini.

Status yang menggunakan satu perkataan sahaja telah mencuit hati sekali gus memberi pelbagai reaksi warga maya memberi komen menerusi bebenang Seri Paduka.

Menerusi gambar dimuat naik Tunku Azizah dilihat sedang berbual dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika berkenan menghadiri majlis perasmian Floria Diraja Putrajaya.

“Membawang,” kata Tunku Azizah yang melakukan ciapan pukul 1.37 petang tadi dan mendapat 6,300 tanda suka dan 1,300 ulang kicau.

Status spontan itu menarik seorang pengikutnya, @zuzuulia yang memuji gambar dimuat naik oleh Seri Paduka.

“‘Membawang’ pun nampak sweet (manis). Apa ini!!,” katanya yang meletakkan ikon menangis dan gembira.

Ada juga pengikutnya membuat dialog hanya berdasarkan gambar tersebut.

“Jemput durian semalam sedaplah,” kata @_iamaizat manakala seorang lagi pengikut, @ctazurah2 menyatakan menyukai status yang dimuat naik Tunku Azizah.

“Berapa guni bawang kupas tu tuanku, Suka kapsyen seperti ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE