Katanya, bengkel lima hari itu menyaksikan para peserta dibahagikan kepada 10 buah kumpulan dan mereka akan dilatih bagi membangunkan perancangan projek yang meliputi aspek berkaitan isu-isu pembangunan komuniti dan sosial.


“Bengkel serantau ini berfungsi sebagai elemen penting bagi projek ‘eMpowering Youth Across ASEAN’ kerana peranannya yang melengkapkan semua peserta dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk mereka melaksanakan projek di kawasan komuniti terpilih di Kemboja, Indonesia dan Malaysia selama dua minggu.


“Kami percaya belia hari ini adalah untuk masa depan. Oleh itu, tumpuan kami adalah menyediakan program mapan yang memberi manfaat ekonomi jangka panjang serta menyumbang kepada kemajuan komuniti di ASEAN,” katanya pada majlis pelancaran ‘eMpowering Youth Across ASEAN’ di Universiti Chulalongkorn di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE