WDG adalah anak syarikat tidak langsung Wah Seong Corporation Bhd (WSC) dengan pegangan sebanyak 60 peratus.

WSC dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, pelantikan WDG berkuat kuasa hari ini dan tamat pada 1 Jun 2020.

“Pelantikan ini boleh diperbaharui mengikut terma dan syarat yang sesuai antara WDG dan Mitsubishi. WDG terlibat dalam pembuatan, fabrikasi, perdagangan, pengedaran dan perkhidmatan jentera, peralatan dan bahagian industri.

“Pengedar tunggal yang sah dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Kumpulan WSC sepanjang tempoh tersebut,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE