Kurt Leitner

Dalam kenyataan hari ini, VPCM berkata, Leitner akan bersama-sama Erik Winter sebagai seorang lagi pengarah urusan bagi menggantikan Florian Steiner yang telah berhijrah ke Eropah untuk menggalas cabaran baharu selepas hampir empat tahun di Malaysia.

Beliau akan berperanan sebagai pengarah urusan bagi Malaysia dan Singapura.

Selepas menyertai kumpulan Porsche Holding Salzburg sejak 1988, Leitner memegang pelbagai jawatan pengurusan dalam rangkaian itu termasuk pengarah urusan di Porsche Romania selama empat tahun, pengurus besar di Porsche Chile dan PGA Ellada, selain Ketua Pegawai Eksekutif Porsche Finance Group Romania.

Beliau akan memberi tumpuan dalam bidang sumber manusia, teknologi maklumat dan kewangan, manakala Winter akan menguruskan bahagian jualan, selepas jualan,wakil niaga rangkaian dan operasi pemasaran.

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) merupakan pengedar rasmi kereta Volkswagen di Malaysia. - BERNAMA