Pengarah Urusan Volvo Trucks Malaysia, Mitch Peden berkata, syarikat berpuas hati dapat mencapai pertumbuhan dua digit ini, disokong oleh usaha berterusan bagi meningkatkan kecekapan operasi dan kecemerlangan bagi para pelanggannya.

“Prestasi kukuh ini sangat mengembirakan ditambah dengan kedudukannya sebagai peneraju pasaran dalam segmen kenderaan komersial berat Eropah di Malaysia untuk tujuh tahun berturut-turut,” katanya.

Syarikat itu akan meraikan ulang tahun ke-50 di Malaysia tahun ini. - BERNAMA