Pengarah dan Pengasas Umma, Zairin Zainul Azman berkata, koleksi baharu itu disasarkan bagi golongan wanita yang sentiasa ingin tampil kemas dan menarik di sebalik kesibukan menjalani rutin harian.



Katanya, setiap koleksi baju dan seluar ditawarkan dalam dua warna pilihan.



“Pelanggan boleh mendapatkan koleksi baharu kami di laman web www.umma.my atau di Isetan KLCC bermula hari ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi RTW Umma di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE