Pengarah Urusan SEM, Robert Wu berkata, salah satu daripada kemunculan utama produk Sharp untuk tahun depan ialah TV Aquos 4K UHDR yang mempunyai kontras sebenar.

“Model Aquos 4K UHDR melancarkan dua siri berlainan iaitu platform operasi dan platfom TV Android AL1X yang menawarkan pelbagai aplikasi yang boleh didapati dari Google Play dan AH1X mudah pintar.

“Semestinya model yang diperkenal mempunyai teknologi terperinci sebenar yang akan memberi kepuasan kepada pengguna jenama kami, katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran Rangkaian Produk Sharp 2019 di Bangunan SEM di Seksyen 27, Shah Alam hari ini.

Video oleh NUR AZREEN ARIFIN

Mengulas lanjut, Robert berkata, siri AH1X juga merupakan TV azan pertama di dunia.

“TV ini mempunyai ciri unik yang boleh memberi peringatan setiap kali masuk waktu solat berdasarkan zon masa dan mendapat kerjasama dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya.

Dalam majlis tersebut, Sharp turut memperkenal produk-produk baharu yang lain seperti peti sejuk, penapis udara, penyaman udara, ketuhar, dan lain-lain yang mampu memudahkan kehidupan seharian pengguna. - UTUSAN ONLINE