Pelancaran siri OPPO Reno dengan teknologi Kamera Bawah Skin di MWC Shanghai baru-baru ini sekali gus menawarkan pengalaman 'skrin penuh sebenar' kepada pengguna.

Kamera Bawah Skin adalah inovasi telefon pintar generasi baru terkini OPPO.

Dengan mengintegrasikan kamera hadapan dan skrin, Kamera Bawah Skin menyediakan pengguna dengan telefon pintar berpaparan lengkap, skrin mendalam dan badan yang bersepadu.

Ia juga membolehkan pengguna melihat dan menangkap keseluruhan skrin, mengambil gambar menggunakan kunci muka dan membuat panggilan video.

Melalui penyelesaian paparan di bawah skrin seperti OPPO, Kamera Bawah Skin mempunyai modul kamera tersuai yang menangkap lebih banyak cahaya; kawalan pengezonan digunakan pada skrin, bersama-sama dengan bahan sangat telus yang meningkatkan transmisi cahaya melalui skrin.

OPPO 2
 

Selain itu, melalui algoritma tersuai OPPO, algoritma penyingkiran jerebu dan algoritma imbasan putih, Kamera Bawah Skin membolehkan pengalaman fotografi dan ciri sokongan lengkap seperti mod kecantikan pintar dan pemfailan foto.

Menurut Pengurus Produk OPPO, Qiao Jiadong, syarikat itu komited terhadap teknologi dan produk yang berinovasi untuk memberikan pengalaman yang lebih mendalam dan komprehensif terhadap pengguna

"Memandangkan telefon pintar menawarkan lebih banyak fungsi pada masa ini, pengguna mempunyai permintaan yang lebih tinggi untuk paparan skrin yang mendalam dan luas

 

Semua produk OPPO boleh diibaratkan seperti satu karya seni yang indah dan bergaya. Daripada proses mereka bentuk kepada prototaip awal hingga kepada terlahirnya produk dengan teknologi hebat lagi terkini, kecantikan sentiasa menjadi keutamaan yang mengatasinya segala-galanya,

Sepanjang keseluruhan proses inspirasi OPPO ialah menajdi artis dalam industri telefon pintar yang akan membawa lebih banyak produk kreatif kepada generasi muda, member inspirasi kepada semua untuk meneroka lebih jauh dan membayangkan masa depan yang lebih cerah.

"Daripada skrin ‘water drop’ di F9 kepada ‘pivot structure’ dalam Reno dan kini diperkenalkan pula Kamera bawah Skrin, OPPO berharap dapat memberikan penggunanya skrin penuh maksimum dengan teknologi baharu ini,” katanya.

Jelas beliau, OPPO berharap dapat menyediakan kepada pengguna dengan pengalaman skrin penuh menerusi teknologi Kamera Bawah Skin yang sempurna.

Pelancaran OPPO Siri Reno

Mengukuhkan lagi portfolio OPPO dalam segmen telefon pintar di Malaysia, baru-baru ini turut dilancarkan siri OPPO Reno. OPPO Reno ditampilkan dengan zum berkuasa tinggi terbina di dalam iaitu zum 10x dengan spesifikasi utama seperti Zum Hibrid 10x dan Zum Digital 60x yang pertama di pasaran. OPPO Reno 10x Zum juga dilengkapkan dengan pemproses Snapdragon 855 dengan 8GB RAM dan tambahan 256GB ROM kombinasi memori.

Reno 10x Zum juga memiliki struktur pivot menaik, struktur lens tiga lapisan termasuk kamera utama 48 mega piksel (MP) yang ultra jelas, lens telefoto 13MP dan lens sudut lebar 8MP

OPPO 3
 

Sementara untuk OPPO Reno, ianya tampil dengan paparan skrin OLED 6.4 inci dan dilengkapi dengan kaca Corning Gorilla generasi keenam bagi meningkatkan lagi daya ketahanannya.

Lebih menarik, ia dilengkapi de¬ngan kamera 48 megapiksel (MP) + 5MP, mod ultra malam 2.0, Mod Dazzle color, video 4K dan mod potret artistik yang ¬ditambahbaik.OPPO Reno dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 710, dan gunakan hadir dengan memori (RAM) bersaiz 6GB, dengan ruang penyimpanan sebanyak 256GB, dengan sistem pengoperasian telefon, ColorOS 6 yang dibangunkan berasaskan Android Pie.

OPPO Reno bukan sekadar sebuah telefon pintar malah merupakan satu peranti yang membolehkan pengguna mengekspresikan kreativiti masing-masing.

OPPO 4
 
OPPO 6a
 

Bagi yang mementingkan gaya OPPO Reno Sunset Rose memberikan gaya lebih feminin yang menambahkan lagi nilai estetika telefon pintar berkenaan. Baru-baru ini dilancarkan OPPO Reno Sunset Rose. Sunset Rose ditampilkan dengan warna putih dan tona warna merah jambu dengan kemasan warna kulit kerangan di pantai.

DNA Reka Bentuk OPPO - Pengalaman Skrin Panorama

OPPO 6
 

Mengekalkan DNA OPPO, Reno sudah pasti memiliki ciri unik dari segi rekaan kamera hadapannya, yang memungkinkan skrin panorama seluas 6.4 inci digunakan hampir

sepenuhnya, pada nisbah 93.1 peratus. Sehingga kini teknologi skrin panorama OPPO telah menghasilkan 450 paten.

Ciri Reka Bentuk Teras

Falsafah rekaan OPPO diinspirasikan daripada falsafah China purba 'Classic of Change' yang diangkat untuk diguna pakai dalam setiap produk OPPO

OPPO 7
 

Konsep ini diterjemahkan ke dalam semua rekaan produk dan menjadikan orang tahu bahawa itu adalah produk yang dihasilkan oleh OPPO.

Paksi Tengah (Central Axis)

Untuk OPPO Reno siries, telah diselaraskan kedudukan antara kamera belakang, titik-O dan teks 'Direka oleh OPPO' pada paksi yang sama di bahagian belakang, inspirasi daripada seni bina terkemuka dunia seperti The Forbidden City di China, The Lourve di Paris, Taj Mahal di India, Piramid di Mesir, dan banyak lagi.

OPPO 8
 

Mereka semua berkongsi unsur yang sama iaitu menyusun sesuatu di sekitar paksi pusat demi keseimbangan.

Inilah cara menghasilkan reka bentuk menarik pada telefon pintar oleh OPPO.

Warna

OPPO merupakan pakar warna kerana warna merupakan kekuatan jenama ini. Daripada separa gradien monokrom, kepada keseluruhan gradien badan, daripada dua kepada tiga gradien warna, evolusi ini jelas menunjukkan OPPO mendahului dalam trend warna dan rekaan telefon pintar

OPPO 9
 

Gradien warna ini pula bersumberkan alam semula jadi. Contohnya, F11 Pro Waterfall Grey adalah campuran warna ungu, putih dan kelabu inspirasi daripada air terjun untuk memberikan lebih rasa premium.

Contoh yang terkini ialah Reno Sunset Rose. OPPO Reno Sunset Rose berinspirasikan suasana ketika matahari terbenam dan menampilkan warna ros putih dan kulit kerang di pantai. Ia juga menampilkan tekstur menimbul pada lapisan warna di bawah kaca memberikan sentuhan yang lebih halus dan memberikan pengguna warna yang membangkitkan perasan.

Lengkungan G3

OPPO 11
 
OPPO 16
 

Lengkungan G3, atau G3 Curve merupakan satu lagi ciri yang ada pada produk OPPO untuk memberikan genggaman yang selesa kepada pengguna.

Walaupun rekaan kali ini turut mengaplikasi binaan yang 'menyorokkan' kamera hadapannya di dalam kerangka, namun berbeza dengan rekaan terdahulu, siri OPPO Reno direka dengan binaan menaik umpama sirip ikan yu.

Selain kamera hadapan, binaan ini turut menempatkan penyinar lampu lembut dan lampu denyut bagi kegunaan kedua-dua kamera belakang yang berukuran 48MP+5MP( OPPO Reno)/dan juga 49MP+13MP+8MP (OPPO Reno 10x Zum)

Kamera-kamera ini terlindung di dalam panel belakang yang diperbuat daripada kaca, sekali gus meratakan bahagian belakang model ini.

Rekaan Tanpa Sempadan

OPPO 13
 

Reka bentuk tanpa sempadan atau borderless merupakan satu lagi DNA OPPO yang ada pada setiap produknya.

Bagi OPPO, reka bentuk tanpa sempadan bukan sahaja dalam perkakasan, tetapi juga perisian,

Perkakasan, dengan Siri Reno paling ikonik dengan bezel pada kedua-dua sisi diperhebatkan iaitu ketebalan pada kedua-dua sisi itu dikurangkan sebanyak 1.63mm, di mana ketebalannya kini hanya 3.5mm.

Keseluruhan sistem berasa lebih ringan dan lebih selesa.

Harga OPPO Reno dengan Zum 10x Zoom ini ialah RM3,399, sementara harga OPPO Reno (Versi Standard) hanya pada RM1,999 yang boleh didapati di semua kedai konsep OPPO, wakil penjual sah OPPO atau melalui online di laman web rasmi OPPO, rakan e-dagang Lazada atau Shopee, rakan rakan telco seperti Celcom, Digi dan Maxis.

OPPO di tempat kedua dalam pasaran untuk tiga suku berturut-turut!

OPPO 14
 

Semua teknologi, inovasi dan falsafah yang digunakan ini menjadi OPPO antara jenama yang diyakini di Malaysia.

OPPO kekal utuh dalam industri mobil yang serba pantas dan telah meletakkan dirinya sebagai jenama telefon pintar yang kedua tertinggi di pasaran Malaysia untuk tiga suku berturut-turut sejak suku ketiga 2018.

Data di atas menunjukkan ia diambil daripada laporan kaji selidik oleh Canalys yang menunjukkan penghantaran jenama OPPO telah meningkat 76 peratus dan ia memiliki perkongsian pasaran telefon bimbit di Malaysia sebanyak 18 peratus menjadikan OPPO yang kedua tertinggi di pasaran Malaysia.

OPPO 15
 

Menurut laporan Canalys, sepanjang lima suku yang lalu, OPPO berada di tempat ketiga pada suku pertama 2018 dan meningkat dengan pantas ke tangga kedua pada suku ketiga 2018 dengan 15.7 peratus perkongsian pasaran di Malaysia.

Itu adalah ketika siri F9, Find X dan R17 Pro dilancarkan di Malaysia. Setiap model mensasarkan kumpulan berbeza daripada premium kepada pertengahan dan semuanya mendapat sambutan hangat dan mencatatkan jumlah jualan memberangsangkan sepanjang tempoh kempen terutama di kedai-kedai telco.

Sejak itu, OPPO terus mengekalkan kedudukannya di tempat kedua dalam pasaran Malaysia hingga suku pertama 2019.

Siri Reno yang terbaharu dari OPPO yang dilancarkan pada Mei lalu disasar untuk memastikan OPPO terus bergerak ke hadapan untuk suku seterusnya sebagai pelopor memperkasakan golongan muda untuk mengekspresikan gaya masing-masing dan memajukan visi mereka..- UTUSAN ONLINE