Berdasarkan laporan Persatuan Digital Malaysia (MDA) berasaskan kepada data daripada Comscore yang dikeluarkan hari ini, kedudukan platform digital Utusan Malaysia iaitu Utusan Online telah meningkat daripada tangga ke-14 top 20 domain yang yang paling dilawati di Malaysia pada Oktober tahun lalu ke tangga ke-11 pada bulan Disember lalu.

Lebih membanggakan lagi Kosmo Online pula buat pertama kali berjaya menempatkan diri dalam kalangan top 20 domain yang paling di lawati di negara ini apabila pada bulan Disember ia berada pada tangga ke-17.

Untuk kategori top 20 entiti berita/maklumat yang paling dilawati di Malaysia pula, Utusan Online berada pada kedudukan ketujuh berbanding tempat ke-15 pada hujung tahun 2017.

Sementara Kosmo Online pula buat pertama kali berjaya menempatkan diri dalam kelompok top 20 kategori berita/maklumat iaitu di di tangga ke=11.

Menurut laporan MDA itu, Utusan Online mencatatkan tiga juta pelawat unik sebulan pada tahun lalu sementara Kosmo Online pula dengan 1.8 juta pelawat unik.

Mengungguli kedudukan teratas kategori berita/maklumat ialah Kumpulan Media Prima yang mencatatkan 14.3 juta pelawat unik diikuti Kumpulan Media Star dengan 4.9 juta pelawat unik dan Malaysiakini di tempat ketiga yang mempunyai 4.5 juta pelawat unik. - UTUSAN ONLINE