Pengarah Urusan Pharmaniaga, Datuk Farshila Emran berkata, untung sebelum cukai bertambah mencecah RM12 juta. Prestasi ini dicapai berasaskan peningkatan perolehan RM602 juta.

“Keputusan kukuh kami dipacu oleh sumbangan mantap daripada perniagaan konsesi dan bukan konsesi. Kumpulan juga mendapat manfaat daripada perbelanjaan cukai korporat lebih rendah, lantas mengimbangi kesan penyusutan margin sumbangan dan peningkatan kos pembiayaan.

“Dalam jangka panjang, kami yakin bahawa prospek bagi industri penjagaan kesihatan adalah positif. Kumpulan bersedia memanfaatkan peluang pertumbuhan sambil kami memperluas portfolio produk kami untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan yang sentiasa berubah menerusi usaha penyelidikan dan pembangunan kami,” katanya dalam kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE