Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kapten Hassan Ali berkata, kontrak itu yang bermula 6 April 2019 adalah untuk tempoh 825 hari dengan pilihan dilanjutkan dua tahun.

Katanya, kontrak itu dijangka meningkatkan hasil syarikat dan menyumbang secara positif kepada pendapatan, nilai perolehan dan aset bersih kumpulan itu bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 dan seterusnya.

“Icon komited terhadap usaha berterusan untuk meningkatkan penggunaannya dan kontrak ini membuktikan rekod baik kami dari segi kualiti perkhidmatan dan pengurusan kapal.

“Kami telah berusaha keras untuk menyeimbangkan usaha pengoptimuman kos kami dan untuk terus menjamin standard kesihatan, keselamatan dan persekitaran yang merupakan aspek amat penting dalam perniagaan ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - BERNAMA