.

Ketua Pegawai Pemasarannya, Jasmine Lee berkata, melalui dua platform itu, U Mobile mahu menjadikan perkhidmatan teknologi kewangan jauh lebih mudah, berpatutan dan inklusif.

Menurutnya, GoPayz merupakan e-dompet universal yang menawarkan perkhidmatan kewangan digital dan gaya hidup yang mensasarkan golongan pengguna manakala GoBiz adalah penyelesaian penerimaan pembayaran digital yang diwujudkan untuk memberi kelebihan kepada semua jenis perniagaan.

“GoPayz adalah mercu tanda penting bukan sahaja untuk U Mobile, tetapi juga bagi industri teknologi kewangan. Dengan GoPayz sekarang ini, kami boleh menawar khidmat perkhidmatan kewangan digital yang berpatutan kepada semua orang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Lee lagi, GoBiz, seperti GoPayz akan memberi manfaat kepada para peniaga.

“Oleh itu, GoBiz bertujuan untuk membolehkan semua perniagaan walaupun peniaga kecil, menerima bayaran digital daripada pelanggan dan menawarkan perkhidmatan seperti isian semula prabayar dan pembayaran bil,” katanya.

Katanya, ekosistem teknologi kewangan U Mobile adalah bagi memperkasakan semua, sama ada pengguna atau perniagaan. - BERNAMA