Ketua Pegawai Modal Insan TM, Mohd. Farid Shah Mohd. Basir berkata, sijil piawaian tersebut yang diiktiraf di peringkat global, menggambarkan sesebuah syarikat telah melaksanakan sistem pengurusan kesihatan pekerjaan dan keselamatan yang mantap.

Katanya, rangka kerja standard versi terkini ini telah dirangka bagi meningkatkan lagi keselamatan pekerja, mengurangkan risiko ketika berada di tempat kerja dan menangani cabaran kesihatan dan keselamatan yang berkaitan dengan peningkatan urus niaga global.

”Pencapaian hebat ini meletakkan TM dalam standard antarabangsa yang tertinggi bagi Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja, dan ini amatlah membanggakan kami.

“Kesihatan dan Keselamatan sentiasa menjadi teras dalam budaya harian kami, jadi ia amat penting bagi kami untuk menggunapakai standard ini secepat yang mungkin. Kami tekad untuk terus meningkatkan dan sentiasa berada di barisan hadapan dalam aspek kesihatan dan keselamatan pekerjaan dan memperoleh pensijilan ISO 45001 ini menunjukkan betapa pentingnya kesihatan dan keselamatan dalam perniagaan kami,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE