Meskipun begitu, Naib ­Presiden Kanan dan Pengurus Besar Pemindahan Wang Global Asia Pasifik Western ­Union, Molly Shea berpendapat, strategi perniagaan yang menumpukan digital tidak baik.

Ia terbahagi kepada tiga aspek utama iaitu rangkuman kewangan, kepentingan wang tunai dan pilihan buat pelanggan juga perniagaan. Berikut adalah analisis daripada Western Union.

Rangkuman kewangan

Terdapat 1.7 bilion manusia atau 30 peratus orang dewasa di seluruh dunia tidak mempunyai akaun bank. Kaedah pendigi­talan itu hanya akan meninggalkan golongan itu.

Western Union boleh memindahkan wang ke lebih 200 negara dan wilayah secara digital atau melalui 525,000 ejen runcit.

Malah, Western Union menawarkan pilihan kepada sesiapa yang mahu memindahkan wang, tidak kira tahap kecanggihan digital. Mengapa? Kerana mereka percaya bahawa tiada siapa yang perlu dikecualikan dan tiada sesiapa yang akan ­ditinggalkan.

Wang tunai masih raja

Bagi mereka yang mempunyai akses kepada bank, masih ramai yang suka menggunakan wang tunai. Penggunaan wang tunai global terus meningkat hampir 10 peratus setahun.

Wang tunai kekal sebagai instrumen pembayaran yang paling banyak digunakan di semua benua di dunia termasuk Eropah, Amerika Utara dan Asia.

Kebanyakan firma digital ­fintech suka berfikir bahawa wang tunai akan dihentikan dalam satu dekad kerana merasakan syarikat mereka mem­punyai banyak kelebihan tetapi realitinya, ia hampir mustahil.

Pelanggan dan perniagaan perlukan fleksibiliti dan pilihan

Digital sememangnya hebat, tetapi perlu diingatkan bahawa meskipun buat syarikat yang canggih, mereka merasakan segmen itu masih terhad. Awal tahun ini, Amazon, boleh dikatakan peruncit digital paling inovatif berdepan cabaran.

Amazon sedar jika mereka mahu terus berkembang, kumpulan perlu menjual barangan di negara-negara di mana pengguna lebih suka membayar ­secara tunai, di seluruh Amerika Latin, Afrika dan Asia.

Atas sebab itu, Amazon ­bekerjasama dengan ­Western Union yang mempunyai ke­upayaan unik untuk menghubungkan dunia digital dan wang fizikal di seluruh dunia di samping menawarkan perkhidmatan kepada semua segmen pasaran. Ini kerana Western ­Union percaya semua orang mempunyai hak untuk menjadi sebahagian di dalam pasaran global pada 2019.