Samsung Note10 dan Note10+ kini dibuka untuk pra tempahan bermula jam 5 petang hari ini sehingga 18 Ogos 2019.

Kedua-dua telefon itu ditawarkan pada harga RM3,699 dan RM4,199.

Samsung berkata, ia turut menawarkan Galaxy Note10+ dengan kapasiti memori 512 gigabait (GB) pada harga RM4,799.

“Pelanggan yang membuat pra-tempahan bagi model Note10 akan menerima pek barangan Samsung percuma bernilai RM1,058 yang merangkumi Galaxy Buds, pek bateri tanpa wayar dan Protection Plus.

“Bagi mereka yang membuat pra tempahan model Note10+ pula akan menerima pek barangan Samsung bernilai RM1,159 terdiri daripada naik taraf memori daripada 256GB kepada 512GB, Protection Plus dan pek bateri tanpa wayar.

“Pra tempahan boleh dibuat di laman web www.samsung.com/my/note10preorder,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Samsung hari ini melancarkan telefon pintar Note 10 dalam satu majlis yang diadakan di San Francisco, Amerika Syarikat. - UTUSAN ONLINE