Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, sebanyak enam varian iaitu E, G, GXtra, SE, AV dan varian baharu STYLE ditawarkan menepati bajet, penggunaan dan personaliti berbeza setiap rakyat Malaysia.

Katanya, semua varian dikuasakan dengan enjin 1.0 liter 1KR-VE dengan pemasaan injap boleh ubah pintar (VVT-i) yang disambung kepada transmisi manual lima-kelajuan pada varian E dan transmisi automatik kawalan elektronik empat-kelajuan pada semua varian lain.

“Axia adalah intipati kepada matlamat Perodua iaitu untuk menawarkan mobiliti yang mampu milik dan mudah buat semua.

"Lebih 380,000 unit telah menemui pemiliknya sejak pelancaran pertamanya pada September 2014 dan sebenarnya ia menjadi model terlaris kami sejak 2015 hingga 2017,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE