AirAsia dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, langkah itu yang menyediakan perkhidmatan ejen jualan am kepada Teleport akan melalui langganan sebanyak 469,000 saham biasa dalam RC Red Cargo.

“Cadangan pengambilalihan RC Red Cargo itu sejajar dengan strategi Teleport untuk memperluaskan kedudukannya dalam pasaran strategik di Asia,” katanya di sini hari ini.

Cadangan pengambilalihan itu dijangka tidak memberi impak yang ketara ke atas tahun kewangan semasa AirAsia dan tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan saham pemegang saham utama syarikat itu. - BERNAMA