Dalam masa sama Kumpulan Ladang-Ladang Terengganu (KLLT) yang juga merupakan anak syarikat milik penuh TDM turut menandatangani perjanjian sewa pajak dengan CBSB untuk memajak tapak bagi pembangunan dan operasi kilang penjanaan kuasa biogas.

Projek bernilai RM36 juta dengan menggunakan sistem lagun tertutup itu dijangka mampu menghasilkan lebih daripada 4 megawatt tenaga elektrik setiap jam yang bakal dijual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pengerusi TDM Berhad, Datuk Raja Idris Raja Kamarudin berkata, dalam perjanjian BOOT tersebut, pemaju pengendali bertanggungjawab membiayai kos pembangunan sepenuhnya.

"Pemaju pengendali akan mengendali dan menyelenggara loji semasa tempoh penyerahan dan memindahkan aset tersebut kepada TDMP selepas tamat tempoh penyerahan selama 21

tahun.

"Projek ini merupakan sebahagian daripada Rancangan Penciptaan Nilai (VCP) kumpulan bagi menghasilkan nilaian yang lebih tinggi berbanding aset sedia ada melibatkan operasi di kedua-dua kilang," katanya dalam kenyataan selepas menyaksikan perjanjian itu.

Perjanjian berkenaan ditandatangani oleh Ahli Lembaga Pengarah TDMP, Najman Kamaruddin di samping Pengerusi KLLT, Mazli Zakuan Mohd. Noor manakala CBSB diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Khairuddin Tan Sri Mohd. Hussin

Raja Idris berkata, pelaksanaan projek terbaharu itu bertepatan dengan dasar

kelestarian TDM dalam penukaran 'waste to wealth' dan juga melindungi persekitaran alam semula jadi.

Katanya, kumpulan itu akan meningkatkan operasi dan latihan secara berterusan melalui inovasi, teknologi dan cara lain untuk mengurangkan jejak karbon TDM.

"Dalam perancangan kami, TDM akan melancarkan inisiatif VCP yang lain dan Rancangan Pembangunan Perniagaan (BDP) dalam mengekalkan kemajuan pada masa akan datang," katanya. - UTUSAN ONLINE