Ia bagi membekalkan kira-kira 63,500 metrik tan tepung yang dihasilkan daripada tanaman berkenaan ke negara tersebut.

Pengarah Urusan Ritz Corporate Holding Berhad, Datuk Ibrahim Yahaya berkata, MoU itu ditandatangani dengan Creation Way (China) Holding Ltd.

“Perjanjian ini akan memberi pulangan kira-kira RM154 juta sebulan kepada syarikat kami,” katanya kepada para pemberita selepas majlis menandatangani MoU itu di Balai Undang Luak Johol dekat sini hari ini.

Majlis itu telah disaksikan oleh Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah. Creation Way diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yu Chi Leung.

Guarana ialah sejenis pokok herba yang berasal dari Venezuela dan utara Brazil. Pokok guarana berdaun lebar dan bunga yang berjambaknya serta buahnya sebesar biji kopi.

Ibrahim berkata, antara khasiat tepung guarana ialah produk itu bebas gluten, 100 peratus organik, memiliki zat besi, tinggi kalsium dan DHA.

Tambahnya, Brazil telah memberi lesen eksklusif kepada syarikatnya untuk menanam pokok guarana di Malaysia. - UTUSAN ONLINE