Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd., Datuk Jim Khor berkata, keadaan itu berkemungkinan berlaku akibat faktor harga dan syarat pinjaman bank.

“Sejak akhir-akhir ini kami berdepan kesukaran untuk meramalkan pasaran (jualan dan permintaan) motosikal.

“Selalunya selepas membuat ramalan, kami perlu menyesuaikan dengan keadaan pasaran selepas itu.

“Kami bergantung kepada permintaan untuk menentukan pengeluaran, bersesuian dengan keperluan pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena pelancaran model baharu motosikal Yamaha Tracer 900 GT di sini, semalam. - UTUSAN ONLINE