Ketua Kempen Shopee Malaysia, Weng Lum berkata, jika tidak, penghantaran berikutnya akan dibuat secara percuma dan buat masa ini, Shopee24 boleh didapati untuk pengguna Lembah Klang yang mahu penghantaran segera apabila membeli-belah dalam talian.

Katanya, barangan untuk perkhidmatan itu boleh dikenal pasti menerusi tag Shopee24 dan ditawarkan untuk lebih 10,000 barangan berjenama seperti Nescafe, Dutch Lady, Drypers, Dove, Dettol, Khind, Philips serta banyak lagi.

“Penghantaran merupakan aspek penting pembelian dalam talian, kami mendapati bahawa pengguna bukan sahaja mahu menerima barangan yang dibeli dalam keadaan baik namun semakin ramai juga mahukan penghantaran lebih cepat.

“Oleh itu, kami memper­kenalkan perkhidmatan ini untuk menunaikan permintaan bagi penghantaran lebih pantas, bermula dengan Lembah Klang dan seluruh Malaysia pada masa akan datang,” katanya pada majlis pelancaran Shopee24 dan sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini hari ini.

Shopee Selebriti Skuad Shalma Ainaa, Sophia Liana, Fynn Jamal, Nana Mahazan, Zoey Rahman, Irma Hasmie, Nazeera Sardi, Nora Danish, Elyana dan Ifa Raziah turut hadir dan menerima hadiah tanda penghargaan kerana sokongan mereka yang berterusan kepada Shopee.

Bagi merayakan pelancaran Shopee24 dan memastikan tawaran yang terbaik, Shopee juga memperkenalkan kempen Shopee 7.7 Orange Madness bermula 24 Jun hingga 7 Julai.

Pengguna Shopee boleh menikmati diskaun hebat dan merebut tawaran promosi khas antaranya Jualan Kilat RM0.77 yang akan berlangsung setiap hari, sehingga tujuh kali sehari dengan tawaran harga serendah RM0.77.

Pengguna boleh menikmati tawaran khas sebanyak 17 peratus bagi kedai rasmi pelbagai selebriti di Shopee sepanjang kempen 7.7 Orange Madness.

Selain daripada itu, pengguna boleh mengikuti siaran Shopee Live dan menyaksikan sesi penstriman langsung setiap hari oleh jenama dan penjual tentang produk terkini dan ulasan me­ngenainya.

Shopee Live adalah ciri terbaharu Shopee yang telah menyiarkan kandungan menarik termasuk pengumuman jantina bayi Sarimah dan juga menyaksikan lebih 2,000 unit lipstik terbaharu Beautyra dijual dalam beberapa minit.