Berkat sokongan kukuh daripada pengguna, penjual, jenama, dan rakan niaga, Shopee berjaya mencatatkan prestasi paling hebat pada 9 September, diserlahkan oleh:

● 3 kali ganda jumlah pesanan berbanding 2018,
● 187,606 barangan dijual dalam seminit pada waktu puncaknya,
● Lebih daripada 113 juta tawaran ditawarkan.

Ciri-ciri popular dalam aplikasi Shopee terus menarik perhatian pengguna sepanjang kempen 9.9 Super Shopping Day. Pengguna telah mengikuti Shopee Live setiap hari untuk menikmati pilihan siaran penstriman langsung lebih luas, dengan 50 juta tontonan secara keseluruhan. Di samping itu, koleksi permainan dalam aplikasi Shopee, termasuk permainan kegemaran ramai Goyang Shopee dan Shopee Quiz telah dimainkan berjuta-juta kali.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata: “Sebagai pencipta 9.9 Super Shopping Day, kami bangga melihat acara membeli-belah utama kami menjadi tarikh penting dalam kalendar membeli-belah dalam talian di rantau ini. Disebabkan oleh pertumbuhan dan kejayaannya yang berterusan, para peniaga runcit luar dan dalam talian serta laman web membeli-belah dalam talian lain telah mengalami demam 9.9."

"9.9 Super Shopping Day tahun ini menyaksikan kami melangkaui semua jangkaan apabila kami menyimpulkan hari yang tidak dapat dilupakan pada 9 September, mencapai kejayaan baru kerana lebih ramai jenama, penjual dan rakan kongsi menyertai Shopee untuk acara membeli-belah utamanya. Kami berterima kasih atas sokongan luar biasa mereka dalam memberi yang terbaik kepada pengguna kami."

Shopee menarik perhatian sedunia dengan Cristiano Ronaldo
Kerjasama antara Shopee dengan duta jenama Cristiano Ronaldo telah menyaksikan permulaan yang berjaya. Iklan televisyen pertama Cristiano Ronaldo dengan Shopee mendapat sambutan hebat dengan 35 juta tontonan dalam talian setakat ini, manakala persembahan Shopee Dance oleh ikon bola sepak ini telah disaksikan di seluruh dunia.

Di samping itu, Shopee mendekatkan pengguna dan peminat dengan Christiano Ronaldo menerusi ciri penstriman langsungnya, Shopee Live. Pada 28 Ogos, Shopee Live membawakan semua pengguna ke Itali untuk siaran langsung eksklusif bersama Cristiano Ronaldo. Ikon bola sepak pujaan ramai ini menjawab pelbagai soalan daripada penonton di rantau ini dan mempersembahkan Shopee Dance. Semasa detik kiraan menjelang 9.9 Super Shopping Day pada 8 September, pengguna Shopee juga berpeluang menyaksikan siaran eksklusif temu duga dengan Cristiano Ronaldo di Shopee Live.

Shopee mencatatkan 9.9 Super Shopping Day terbaik di Malaysia
Di Malaysia, para pengguna menikmati koleksi promosi terbesar yang tiada tandingan dan hiburan tanpa henti pada 9 September, termasuk penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM9.

Jenama-jenama berprestasi tinggi menyaksikan purata peningkatan 6,780x dalam trafik dan 400x peningkatan dalam jualan berbanding dengan hari biasa. Pengguna-pengguna juga merebut tawaran terbaik bagi jenama dan produk kegemaran mereka dengan trend berikut diperhatikan:

● Jenama Paling Popular: Mr DIY, Mydin, Nestle, Vivo, Vinda, Maybelline, Carlo Rino,
● Kategori Utama: Kelengkapan Rumah, Kesihatan & Kecantikan, Telefon & Aksesori,
● Barangan Paling Laris: Fon telinga tanpa wayar, kasut, telefon pintar, periuk tekanan, ketuhar elektrik, kelengkapan tempat tidur dan tuala, penapis minyak kenderaan bermotor, MILO,
● Kata Kunci Paling Hangat: Blaus, burger, Playstation 4, Milo, iPhone.

Ho merumuskan: “Kami sukacita untuk memulakan musim beli-belah akhir tahun dengan kejayaan 9.9 Super Shopping Day. Ini hanya permulaan bagi keseluruhan siri jualan e-dagang untuk tempoh akhir tahun. Kami telah bersiap-sedia untuk memberikan lebih banyak nilai kepada pengguna, penjual, jenama dan rakan kongsi kami pada bulan-bulan akan datang sementara kami memperkenalkan ciri-ciri yang lebih unggul dan tawaran yang tidak patut dilepaskan. "

Beli-belah 9.9 Thank You Sale di http://shopee.com.my/99

Muat turun aplikasi Shopee menerusi App Store atau Google Play