Shopee berjaya mencatatkan prestasi paling hebat pada 9 September dengan sebanyak 187,606 barangan dijual dalam seminit pada waktu puncak dan lebih daripada 113 juta tawaran.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, jenama pa­ling popular sepanjang kempen itu adalah MR. D.I.Y., Mydin, Nestle, Vivo, Vinda, Maybelline dan Carlo Rino.

Katanya, barangan paling laris antaranya fon telinga tanpa wayar, kasut, telefon pintar, periuk tekanan, ketuhar elektrik, kelengkapan tempat tidur dan tuala serta penapis minyak kendera­an bermotor.

“Sebagai pencipta 9.9 Super Shopping Day, kami bangga melihat acara membeli-belah utama kami menjadi tarikh penting dalam kalendar membeli-belah dalam talian di rantau ini.

“9.9 Super Shopping Day tahun ini menyaksikan kami me­langkaui semua jangkaan apabila kami menyimpulkan hari yang tidak dapat dilupakan pada 9 September mencapai kejayaan baharu kerana lebih banyak jenama, penjual dan rakan kerjasama menyertai Shopee untuk acara membeli-belah utama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kerjasama antara Shopee dengan duta jenama Cristiano Ronaldo telah menyaksikan permulaan yang berjaya.

Iklan televisyen pertama Cristiano Ronaldo dengan Shopee mendapat sambutan hebat dengan 35 juta tontonan dalam talian setakat ini, manakala persembahan Shopee Dance oleh ikon bola sepak ini telah disaksikan di seluruh dunia.

Di samping itu, Shopee mendekatkan pengguna dan peminat dengan Christiano Ronaldo menerusi ciri penstriman langsungnya, Shopee Live. Pada 28 Ogos, Shopee Live membawakan semua pengguna ke Itali untuk siaran langsung eksklusif bersama Cristiano Ronaldo.

Ikon bola sepak pujaan ramai ini menjawab pelbagai soalan daripada penonton di rantau ini dan mempersembahkan Shopee Dance. Semasa detik kiraan menjelang 9.9 Super Shopping Day pada 8 September, pengguna Shopee juga berpeluang menyaksikan siaran eksklusif temu bual dengan Cristiano Ronaldo di Shopee Live.

Di Malaysia, para pengguna menikmati koleksi promosi terbesar yang tiada tandingan dan hiburan tanpa henti pada 9 September, termasuk penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM9.