Pengurus Besar Kanan Pengurusan Aset SESB, Ir, Norhizami Abu Hasan berkata, SESB mengalami kerugian sebanyak RM4,849,264.01 sejak 2017 sehingga semalam melibatkan 1,189 KUPM di seluruh Sabah dan Labuan.

“Dalam kes sebegini, SESB akan mengeluarkan surat tuntutan daripada pemilik akaun SESB untuk membayar kerugian disebabkan KUPM.

“Biasanya, bayaran dibuat selepas surat tuntutan dikeluarkan, jadi SESB tidak perlu melalui proses mahkamah,” katanya pada sidang akhbar mengenai operasi KUPM Sandakan di sini hari ini.

Norhizami berkata pihaknya membuat pemeriksaan secara berkala bagi mengenal pasti pemilik akaun, khususnya premis perniagaan yang memasang alatan mengusik meter elektrik bagi mengelak penggunaan sebenar direkodkan oleh SESB. - BERNAMA