Serba Dinamik dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, SDIL telah memeterai kontrak itu dengan Hazarasp Chlor Alkali LLC FC bagi kerja-kerja EPCC untuk loji pemprosesan klorin dan loji kuasa turbin stim bebas di Khorezm, Uzbekistan.

“Tempoh kontrak bermula 8 Ogos 2019 sehingga 7 Ogos 2021,” katanya di sini hari ini.

Tambah syarikat itu, Serba Dinamik Sdn. Bhd. (SDSB) yang juga anak syarikat SDHB meraih dua kontrak operasi dan penyenggaraan (O&M) dari Petronas Carigali Sdn. Bhd. bagi menyediakan perkhidmatan penyenggaraan ke atas Pemampat Gas Weir (sehingga 9 Jun 2020) dan Generator Capstone Microturbine (sehingga 17 Jun 2022).

“Kontrak O&M itu tidak mempunyai nilai khusus kerana ia berasaskan panggilan yang mana arahan kerja akan diberikan berdasarkan budi bicara pelanggan bergantung kepada jadual dan kadar bagi sepanjang tempoh kontrak.

“Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada perolehan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019,” katanya. - BERNAMA