Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, rekod tersebut adalah peningkatan sebanyak 238 peratus berbanding tahun 2017, yang cuma mencatatkan sejumlah RM5.592 bilion nilai pelaburan.

“Daripada Statistik Lembaga Pelaburan Malaysia (MIDA) 2018 yang dikeluarkan baru-baru ini, sebanyak 241 projek perkilangan telah diluluskan berbanding 202 projek pada tahun sebelumnya.

“Jumlah projek ini merupakan yang tertinggi dalam negara bagi tahun 2018 berbanding negeri-negeri lain dan ia juga merupakan peningkatan sebanyak 19 peratus dari segi bilangan projek,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Seiring dengan pretasi ekonomi yang sangat positif itu, Amirudin berkata, pelaburan langsung asing (FDI); pelaburan tempatan (DDI); pelabuhan baharu dan peluang pekerjaan turut sama meningkat.

Tambahnya, China merupakan negara penyumbang tertinggi dari segi nilai pelaburan di Selangor iaitu sebanyak RM3.934 bilion, manakala Jepun pula adalah penyumbang tertinggi dari segi bilangan projek dengan 27 projek bernilai RM435.6 juta.

“Selangor juga merekodkan jumlah pelaburan tinggi dalam sektor perkhidmatan iaitu sebanyak RM5.784 bilion pada tahun lepas berbanding RM4.5 bilion pada 2017,” katanya. - UTUSAN ONLINE