SC dalam kenyataannya berkata, CMSRL Li Choon dibatalkan mengikut Seksyen 72, dibaca bersama Seksyen 65 Akta Pasaran dan Perkhidmatan Modal 2007 (CMSA) kerana dia tidak lagi sesuai dan wajar untuk menjalankan aktiviti dalam pasaran modal Malaysia yang dikawal selia.

SC turut mengenakan penalti sebanyak RM100,000 terhadap Li Choon kerana gagal mematuhi syarat-syarat CMSRL yang memerlukannya untuk berada dalam keadaan sepanjang masa seperti yang diperuntukkan di bawah Perenggan 7.03 (1) Buku Panduan Pelesenan SC.

Pengawal selia itu telah menimbang dan menolak rayuan Chu terhadap keputusannya. - UTUSAN ONLINE