Pada 10.20 pagi, 9.44 juta sahamnya diniagakan.

Berdasarkan kontrak yang baru diperolehi itu, T7 akan menyediakan pembaikan dan penyenggaraan struktur zon percikan kepada Petronas Carigali serta perkhidmatan tenaga kerja kepada Vestigo.

Sementara itu, Maybank Investment Bank Bhd. dalam nota hari ini mengulangi saranan positif ke atas senario minyak dan gas tempatan, dengan unjuran harga minyak purata 2019 pada US$65 setong.

“Selain daripada OPEC+ (gabungan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dengan 10 negara bukan anggota OPEC antaranya Rusia, Mexico dan Kazakhstan), perkembangan geopolitik terutama di negara pengeluar minyak serta perkembangan minyak syal di Amerika Syarikat juga merupakan penentu utama dalam memacu pasaran minyak dari segi pergerakan serta turun naik harga,” menurut Maybank Investment. - BERNAMA