AS meletakkan syarikat teknologi gergasi China itu dalam senarai hitam perdagangan dan beberapa syarikat telah menggantung perniagaan bersama firma China itu.

Google bertindak untuk berhenti menyediakan akses kepada aplikasi dan perkhidmatan proprietari kepada Huawei.

Antara firma teknologi utama tempatan yang terjejas adalah Malaysian Pacific Industries Bhd. (MPI), Inari Amertron Bhd., Globetronics Technology Bhd, Vitrox Corp. Bhd. dan Pentamaster Corp. Bhd..

Saham MPI susut 1.89 peratus atau 18 sen kepada RM9.32, Pentamaster turun 3.69 peratus atau 16 sen kepada RM4.18 dan Inari merosot 4 peratus atau enam sen kepada RM1.44 pagi ini.

Globetronics jatuh 2.37 peratus atau empat sen kepada RM1.65 dan Vitrox 0.99 peratus atau tujuh sen kepada RM7.01.

Firma teknologi tempatan terbabit mempunyai hubungan perdagangan secara langsung dan tidak langsung dengan Huawei. - UTUSAN ONLINE