Kontrak itu dimenangi menerusi anak syarikat milik penuhnya Metronic Engineering Sdn Bhd (MESB).

Pada 12.30 tengah hari, saham Metronic Globa tidak berubah pada tujuh sen dengan 89.78 juta saham bertukar tangan.

Pengarah Eksekutif yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Brian Hoo Wai Keong berkata, Metronic juga sedang memuktamadkan tender untuk beberapa projek kejuruteraan besar yang berpotensi benilai sehingga RM300 juta di Malaysia dan di seluruh rantau ini.

Beliau berkata, syarikat itu juga berada pada landasan untuk memenuhi matlamat projek penguasaan pasaran pintar US$1 bilion di seluruh Malaysia, Eropah, Amerika Syarikat, Timur Tengah dan Asia Tenggara dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Merdeka PNB 118 dengan nilai projek RM5 bilion, yang sebelum ini dinamakan KL 118, akan menjadi bangunan keempat tertinggi di dunia apabila siap, dengan ketinggian seni bina sekurang-kurangnya 644 meter. - BERNAMA