Pada 10.04 pagi, 220,900 saham diniagakan.

AmInvestment Bank Bhd. mengekalkan saranan “beli’’ ke atas Maybank dengan nilai saksama tidak berubah pada RM10.60 sesaham berdasarkan pulangan ekuiti pada 11.4 peratus.

“Kelulusan pinjaman baru-baru ini memberi sokongan kukuh. Jumlah pinjaman Maybank adalah munasabah, hanya menunggu masa untuk pembiayaan yang diluluskan itu diterjemahkan untuk menjana hasil.

“Pertumbuhan pinjaman isirumah dijangka stabil pada separuh kedua tahun ini (2H19), manakala pinjaman korporat akan ditambah baik di masa depan, jika tidak berlaku pembayaran semula bagi suku pertama tahun kewangan 2019,” katanya.

Ia juga berkata bank itu tidak menjangkakan akan dilaksanakan pengurangan kadar dasar semalaman (OPR) selanjutnya pada 2H19, oleh itu, kos pembiayaan telah distabilkan dengan tahap persaingan deposit telah turun sedikit pasca pengurangan OPR. - BERNAMA