Pada 11.19 pagi, kaunter saham itu meningkat empat sen kepada RM2.05 dengan 192,800 saham bertukar tangan.

Menurut laporan berita pada Rabu, firma kewangan itu memerlukan AS$500 juta untuk AXA

Affin General Insurance Bhd, dan pada masa yang sama merancang menggumpul sehingga AS$150 juta daripada AXA Affin Life Insurance Bhd, dalam transaksi itu.

“Affin dan AXA berkemungkinan menyertai pemilik AmGeneral Insurance Bhd, selain penggiat asing lain termasuk Prudential Plc dan Zurich Insurance Group AG, dalam memperoleh kepentingan saksama bagi unit-unit mereka di Malaysia ekoran keputusan kerajaan untuk menguatkuasakan had pemilikan,” katanya. - BERNAMA