Keputusan CP itu berdasarkan tindakan segera yang dilaksanakan oleh FGV sejak penggantungan Kompleks Serting pada November 2018.

Selain itu, CP turut berpuas hati FGV telah memenuhi syarat-syarat utama yang telah ditetapkan untuk pembetulan di samping yakin FGV akan terus memenuhi sasarannya dalam pelan tindakannya.

Sebagai tindakan susulan terhadap penggantungan tersebut, FGV telah membangunkan pelan tindakan untuk mengenal pasti isu yang ditimbulkan oleh CP dan langkah-langkah sewajarnya telah diambil untuk membetulkan sebarang jurang dalam amalan-amalannya.

Sehingga hari ini, FGV telah menyerahkan dua laporan sukuan kemajuan kepada RSPO terhadap pelaksanaan pelan-pelan tindakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata, penarikan penggantungan itu meletakkan FGV di landasan tepat untuk mencapai pensijilan penuh RSPO menjelang penghujung 2020.

“Kami mengalu-alukan keputusan CP ini dan berfungsi untuk mengukuhkan komitmen kami terhadap amalan perniagaan yang mampan dan bertanggungjawab. FGV akan terus mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk menghormati hak asasi kemanusiaan melalui operasi yang dijalankan.

“Sementara itu, RSPO akan terus memantau pelaksanaan pelan tindakan FGV. FGV yakin dalam memenuhi semua keperluan RSPO,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Setakat ini, sebanyak 34 daripada 68 kilang FGV telah menerima pensijilan dan syarikat itu menjangkakan 32 kompleks lagi sedia untuk diaudit menjelang hujung tahun ini. - UTUSAN ONLINE