Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Noripah Kamso berkata, pelantikan itu dibuat berdasarkan kelayakan dan pengalaman masing-masing dalam bidang korporat serta perbankan Islam.

"Bank Rakyat berharap akan memperoleh manfaat daripada pengalaman Rosman dan Obiyathulla bagi mengukuhkan integriti, perbankan pelanggan yang memuaskan serta kecemerlangan yang berterusan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut laman web Bank Rakyat, Rosman dan Obiyathulla membarisi enam Pengarah Bebas Bukan Eksekutif bank tersebut, selain Datuk Seri Jamil Salleh, Wan Zamri Wan Zain, Abd. Rani Lebai Jaafar dan Edham Reza Shah Abdul Rahman.

Rosman merupakan bekas Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat Bank Rakyat mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan, modal insan dan pengurusan korporat.

Beliau juga merupakan Pengerusi Koperasi Global Malaysia Berhad dan ahli Lembaga Pengarah Koperasi Harapan Berhad serta Pengarah RM 48 Vebtures Sdn. Bhd..

Sementara itu, Obiyathulla pula merupakan Profesor Kewangan, Jabatan Kewangan dan Perakaunan di Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (Inceif).

Beliau juga turut menjadi Penasihat Great Eastern Life Insurance dan ahli Jawatankuasa Syariah, Sabana Singapura serta Amanah Pelaburan Harta Tanah (REIT). - UTUSAN ONLINE