Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, harga runcit petrol RON95 dan diesel pula masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 30 Mac sehingga 5 April sepatutnya masing-masing adalah sebanyak RM2.33 dan RM2.36 seliter.

“Namun, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” jelas kenyataan itu di sini hari ini.

Pada minggu lalu, harga runcit petrol RON97 naik sebanyak tujuh sen iaitu daripada RM2.54 seliter kepada RM2.61 seliter, manakala RON95 dan diesel kekal.-UTUSAN ONLINE