Robbie Krishnan

MNC dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, pelantikan Robbie Krishnan diharap dapat membawa organisasi ke tahap baharu selain memberi nilai tambah kepada syarikat.

Beliau memegang Ijazah Perfileman dan Televisyen dari Columbia College di Amerika Syarikat (AS).

Robbie Krishnan kini merupakan Produser Eksekutif di Astro Measat Broadcast Network System Sdn. Bhd. bagi pembangunan jenama dan kandungan.

Beliau juga merupakan pengasas bersama Komik Kon Malaysia yang mana ia ditubuhkan untuk memupuk kesedaran dan menghargai komik serta perkara-perkara berkaitan seni.

Robbie Krishnan memiliki pengalaman lebih 15 tahun dalam pembangunan perniagaam antarabangsa dan produksi.

Beliau memulakan kerjaya di Los Angeles, AS dengan pelbagai peranan di HydroFlex, Panavision, ArriFlex dan Ruddy Morgan Productions.

Beliau kemudiannya berpindah ke Asia dan bekerja dengan BBC. Selain daripada beberapa produksi tempatan dan antarabangsa, Robbie Krishnan pernah menjayakan dokumentari yang memenangi anugerah, The Laya Project yang mengisahkan tentang tragedi Tsunami 2004 dan ditayangkan di Discovery Channel.

Beliau juga meminati kereta-kereta klasik dan pengasas AMC Motors Inc (Asia) Sdn. Bhd.. Syarikat tersebut ditubuhkan untuk meneroka pasaran berpotensi yang berkaitan dengan perniagaan kereta klasik.