Pada 9.12 pagi, ringgit disebut harga pada 4.1740/1790 berbanding dolar AS daripada 4.1810/1860 yang dicatatkan pada Selasa.

Seorang peniaga berkata dolar AS rendah menjelang pertemuan bank pusat di Jackson Hole pada Jumaat ini, dengan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka memberikan petunjuk mengenai potensi kenaikan kadar faedah.

Ringgit tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama. Berbanding yen, ringgit naik kepada 3.244/9298 daripada 3.9321/9372 pada Selasa dan juga meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0133/0171 daripada 3.0164/0204.

Mata wang tempatan jatuh berbanding pound Britian kepada 5.0773/0842 daripada 5.0569/0646 tetapi naik berbanding euro kepada 4.6306/6366 daripada 4.6334/6393. - BERNAMA