Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.1560/1590 daripada 4.1550/1600 semasa ditutup pada Jumaat.

Rakan Pengurusan VM Markets Pte Ltd., Stephen Innes berkata, kebimbangan mengenai perang perdagangan akan dapat dilihat melalui harga pasaran mata wang minggu ini.

“Risiko perang perdagangan dijangka menyebabkan prestasi renminbi lemah dan seterusnya boleh menyebabkan ringgit rendah,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, beliau yakin kerajaan China akan mengambil langkah untuk melindungi mata wang, dan mengehadkan penurunan ringgit pada awal minggu ini.

“Antara perkara penting bagi Malaysia ialah, sejauh mana tekanan perang perdagangan yang meningkat ke atas harga minyak? dan saya fikir peniaga akan mengambil langkah yang amat berhati-hati minggu ini,” katanya.

Secara keseluruhannya, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0182/0214 daripada 3.0168/0215 pada Jumaat dan rendah berbanding yen kepada 3.9071/9103 daripada 3.8864/8922.

Berbanding pound, unit tempatan berkurangan kepada 5.0579/0632 daripada 5.0379/0457 dan turun berbanding euro kepada 4.6223.6273 daripada 4.6104/6176 pada Jumaat lepas. - BERNAMA