Pada 9.09 pagi, ringgit disebut harga pada 4.1850/1900 berbanding dolar AS daripada 4.1880/1910 pada penutup semalam.

Seorang peniaga berkata sentimen pasaran telah bertambah baik berikutan laporan bahawa Washington dan Beijing akan kembali ke meja rundingan untuk perbincangan perdagangan, memberikan harapan kepada mata wang Asia.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama kecuali berbanding pound Britain yang susut kepada 5.1576/1654 daripada 5.1508/1558.

Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0234/0281 daripada 3.0249/0275, meningkat berbanding yen kepada 3.9094/9152 daripada 3.9302/9341 dan naik berbanding euro kepada 4.6161/6232 daripada 4.6244/6294. - BERNAMA