Pada pukul 6 petang, ringgit berada pada paras 4.1860/1920 berbanding dolar AS daripada 4.1890/1920 pada paras penutup semalam.

Penganalisis Pasaran FXTM, Han Tan berkata, minat risiko dijangka kekal lemah di tengah-tengah peningkatan kebimbangan akan landskap ekonomi global yang diburukkan lagi oleh kebuntuan rundingan Amerika Syarikat (AS)-China.

“Pasaran juga menunjukkan pendirian berhati-hati terhadap pusingan seterusnya rundingan perdagangan AS-China yang dijadualkan bulan depan,” katanya di sini hari ini.

Di dalam negara, ringgit ditutup kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0259/0313 daripada 3.0318/0350 pada paras penutup Selasa, meningkat berbanding pound British kepada 5.0814/0903 daripada 5.1123/1180 dan naik berbanding euro kepada 4.6820/6892 daripada 4.6917/6963.

Bagaimanapun, ringgit ditutup kebanyakannya tidak berubah berbanding yen kepada 3.9387/9454 daripada 3.9367/9406 pada Selasa. - BERNAMA