Pada pukul 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.1870/1920 daripada 4.1860/1920 semasa ditutup pada Rabu.

Rakan Pengurusan VM Markets Pte. Ltd., Stephen Innes berkata, pasaran sedikit lega selepas mengetahui rundingan perdagangan dijangka disambung semula.

“Selain itu, harga minyak semasa akan mengurangkan tekanan penurunan ke atas ringgit hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia susut daripada kenaikannya dan diniagakan pada 3.0268/0315 berbanding dolar Singapura daripada 3.0259/0313, merosot berbanding pound British kepada 5.0868/0945 daripada 5.0814/0903 dan berkurangan berbanding euro kepada 4.36940/7001 daripada 4.6820/6892 semalam.

Ringgit turut lemah berbanding yen kepada 3.9485/9543 daripada 3.9387/9454 semalam. - BERNAMA