Ricoh dalam kenyataannya berkata, siri baharu itu menampilkan pelbagai ciri baharu dan bakal mengujakan industri dengan Kepintaran Tempat Kerja Dinamik untuk meningkatkan produktiviti dan pada masa yang sama membantu organisasi mentransformasikan tempat kerja digital dengan mengendalikan dan mengubah maklumat kepada teknologi pintar.

Ini katanya, termasuk disesuaikan dengan teknologi Always Current Technology, Ricoh.

“Hanya diperkenalkan tahun ini, Always Current Technology membolehkan pengguna dan organisasi mengemas kini perisian peranti dengan cekap, efisien dan mudah untuk menikmati manfaat fungsi, teknologi dan ciri terbaru tanpa mengira bila peranti dibeli atau berapa lama mereka telah memilikinya menjadikan isu berkaitan membaiki pepijat kini tidak lagi perlu.

“Lebih penting, teknologi itu turut memastikan peranti sentiasa dilindungi dengan ciri keselamatan terkini. Selain itu, teknologi itu membolehkan jaminan akses kepada data, dan pada masa sama memastikan ciri keselamatan binaan dalam dan produk tidak menjejaskan inovasi, fungsi atau produktiviti perniagaan,” katanya di sini hari ini.

Produktiviti dengan siri IM baharu Ricoh turut dipertingkat dengan paparan antara muka dan Panel Pengoperasian Pintar (SOP) pengguna yang baharu yang meningkatkan lagi keupayaan Aplikasi Inovatif Ricoh iaitu EZ Plus 2.0 yang membolehkan pelanggan mencipta bahan bercetak khusus sepenuhnya dan membuat suntingan menggunakan pelbagai alatan daripada aplikasi itu.

Direka bagi disepadukan dengan mudah ke dalam sebarang persekitaran pejabat dan perniagaan, EZ Plus 2.0 Ricoh telah mencipta cara lebih pintar dan lebih mudah untuk bekerja menerusi dua aplikasi utama EZ Doc dan EZ Creative. - BERNAMA