Pengarah Urusan syarikat tersebut, Muhamad Zamry Abu Samah berkata, cawangan terbaru itu merupakan premis pertama yang dibuka di luar universiti awam dan pusat beli belah.

Beliau berkata, premis tersebut diusahakan oleh seorang anak muda tempatan, Muhammad Addin Ramzi, 25, yang diberikan lesen untuk menggunakan jenama itu.

“Kita sudah ada 10 cawangan di UA seperti di Universiti Utara Malaysia (UUM); Universiti Sains Malaysia (USM); Univeristi Teknologi Mara (UiTM) Puncal Alam dan Alor Gajah; Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

“Sekarang kita dijemput untuk masuk ke institut pengajian tinggi swasta (IPTS) seperti Taylor’s College dan kita sudah membuka cawangan di sebuah pusat beli belah di Cheras,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian kafe tersebut di sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Ketua Jajahan Kota Bharu, Tengku Azmi Tengku Jaafar dan Muhammad Addin. - UTUSAN ONLINE