Ketua Dasar Awam Asia Tenggaranya, Mich Goh berkata, Malaysia semakin hampir untuk mempunyai garis panduan jelas bagi penyewaan jangka pendek susulan kenyataan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) baru-baru ini bahawa draf garis panduan mengenai rangka keja kawal aturan itu sedia untuk dikeluaran pada suku keempat tahun ini, untuk ulasan umum.

“Kami aktif berunding dengan MPC. Berdasarkan perbincangan dan perundingan lain, kami telah mencadangkan satu rangka kerja pengawalseliaan yang berpotensi, yang kami percaya dapat membantu meningkatkan industri pelancongan Malaysia yang mantap selain menangani keperluan tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, Airbnb kini menunggu untuk bekerjasama rapat dengan MPC pada bulan-bulan akan datang untuk memuktamadkan garis panduan yang jelas bagi penyewaan jangka pendek di Malaysia itu. - BERNAMA