Ketua Penyelidikan Rakuten Trade, Kenny Yee berkata, semakan semula unjuran itu disebabkan 
oleh pertumbuhan pendapatan korporat yang lemah serta faktor-faktor luaran.

Selain itu firma broker ekuiti itu juga 
mengunjurkan pertumbuhan pendapatan korporat susut 0.5 peratus daripada 2.3 peratus yang disasarkan sebelum ini disebabkan oleh prestasi negatif sektor perladangan.

“Namun kami menjangkakan FBM KLCI melantun semula ke tahap 1,800 mata tahun hadapan didorong oleh pendapatan korporat yang lebih baik dan arah aliran keluar asing yang lebih baik.

“Pendapatan korporat juga dijangka berkembang 6.1 peratus tahun depan yang dirangsang oleh pemulihan projek mega.

“Tahun depan kita akan melihat impak penuh daripada projek-projek ini,” katanya kepada pemberita pada taklimat tinjauan pasaran separuh kedua 2019 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Presiden Penyelidikan Rakuten Trade, Vincent Lau dan Penganalisis Ekuiti Rakuten Trade, Yong Jun Ting.

Sementara itu Yee berkata, pihaknya menjangkakan ringgit akan menguji tahap RM4.00 berbanding dolar Amerika Syarikat menjelang akhir tahun ini.

“Ini akan didorong oleh aliran masuk bersih 
asing dan permulaan
aktiviti utama di negara ini,” jelas Yee.